Kelantan vs Pahang 3 November 2013 - Final Piala Malaysia 2013

on 27 October 2013

Kelantan vs Pahang Final Piala Malaysia 2013
Kredit: www.ammboi.com

Kelantan vs Pahang 3 November 2013 - Final Piala Malaysia 2013 | Tahniah buat pasukan Kelantan dan Pahang yang berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Untuk makluman anda, aksi final berkenaan bakal dilangsungkan pada 3 November 2013. Venue perlawanan pula adalah di Stadium Shah Alam dan sepak mula pula pada jam 8.45 malam.

Kelantan berjaya mara ke pentas final apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi agregat 4-3 selepas terikat 2-2 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Manakala Pahang berjaya mengikat Sarawak 1-1 dalam perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching dimana pada perlawanan pertama, Pahang mencatatkan kemenangan 3-1 dan dengan ini Pahang layak dengan aggregat 4-2.

Dengan kemenangan yang dilakar, dua pasukan dari Pantai Timur akan bertemu di pentas Final Piala Malaysia 2013. Lebih manis lagi, impian Pahang untuk melangkah ke pentas final Piala Malaysia akhirnya tercapai setelah menanti selama 16 tahun.

Dijangkakan, RTM menerusi TV1 serta Astro Arena 801 akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Kelantan vs Pahang pada 3 November 2013. Bagi siaran online live streaming pula anda boleh klik tajuk pautan yang disediakan kelak.

Harga Tiket Kelantan vs Pahang - Final Piala Malaysia 2013

Jadual Perlawanan Kelantan Vs Pahang Final Piala Malaysia 2013

  • Tarikh: 3 November 2013 (Rabu)
  • Lokasi : Stadium Shah Alam
  • Masa: 8:45 mlm
  • Live: RTM TV1 & Astro Arena 801

Live Streaming Kelantan vs Pahang 3 November 2013



[Keputusan Kelantan vs Pahang 3 November 2013]
[link keputusan akan dikemaskini pada 3 November nanti]
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved